Sunday 18 March 2012

Cucu Ku Yang Ketiga

Alhamdullillah anak ku yang kedua (bongsu) Aslah bt Hj Idris telah selamat melahirkan anaknya yang pertama pada selepas azan zohor 11hb Mac 2012 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1433 hijiriah di Hospital KPJ Sek.20 Shah Alam.Berat bayi tersebut adalah 3 kilogram. 

Tahniah kepada anakku Aslah dan menantuku Mohd Rashimi.Mereka menamakan anak mereka itu Amru Abid. Sekarang ini cucu bertambah menjadi tiga orang.




 

Kenangan di Bukit Tinggi, Indonesia

                                                   Makan tengah hari diRestoran Pak Datuk

                                                 Singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai
                                                    dalam perjalanan Padang ke Bukit Tinggi

                                                 Bergambar dihadapan Restoran Pak Datuk
                                       bersama Tn Hj Zulkifli Jusoh dan isterinya Hjh Zaiton Idrus

                                          Bergambar dihadapan Restoran Gong Raya bersama
                                                 Tn Hj Mansor dan Tn Hj Nasharuddin

                                                              Bersama Tn Hj Zulkifli Jusoh

                                                  Rumah Orang Minang di tepi Tasik Maninjau

                                      Hjh Zainab dan Hjh Zaitun. Permandangan Tasik Maninjau

                                            Aku dan isteri ku. Permandangan Tasik Maninjau

                                                   Gambar beramai ramai di Tasik Maninjau
                                                     Di pusat latihan Sulaman Hjh Rosmah

                                                Amat tekun pekerja ini membuat sulaman

                                                       Bergambar pada poster kursus sulaman

                                                         Inilah Jam Gadang diBukit Tinggi

                                                     Ini bukan istana di Seri Menanti tau.                                         

                                                   Nak gayakan pakaian budaya orang minang

                                                     Dihadapan istana di Bukit Tinggi

                                  Sodap pak. Ado rondang dan polbagai lai. Sepecial sambal lado.





                                   Singgah di Restoran Tepi Sawah dalam perjalanan ke Padang.
                                                      Nyaman sekali dikelilingi kolam ikan.

                                 Untuk Melihat Gambar lagi mainkan vidoe ini.



Saturday 17 March 2012

Teringat Cucu kat Tokyo, Japan

Saya mempunyai 2 orang anak perempuan dan 2 orang cucu kini bermastautin di Tokyo, Jepun. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Zaman sekarang zaman digital canggih, tak macam dulu, kalau terasa rindu dengan cucu guna Skype boleh bercakap dengan mereka dengan bergambar. Coming soon satu lagi cucu dari anak bonsu saya.

Berikut gambar anak dan cucu diTokyo, Japan.












Friday 9 March 2012

Reunion Pemain/Peminat Bolasepak Kampung Padang Jawa

Reunion pemain dan peminat bolasepak Kampung Padang Jawa diadakan di rumah Sdra Jamal Samidin di Jalan Berangan pada 2011. Turut hadir adalah En Mohd Daud yang datang dari Dungun, Trengganu. Pada majlis tersebut diadakan Tahlil bagi mengingati rakan rakan sepasukan dulu yang telah pulang ke rahmatullah. Al Fatihah.

Ramai bekas pemain berasal dari luar Kampung Padang Jawa. Satu masa dahulu mereka bekerja di Shah Alam. Apabila mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik atau besara mereka pun pulang ke negeri masing masing. Tidak kurang juga yang menetap dikampung Padang Jawa, sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.

Kata kata Aluan Dan Terima Kasih Daripada Tuan Rumah Sdra Jamal Samidin.
Dalam gambar juga kelihatan Tn Hj Moksin Marwi, Tn Hj Abd.Latif Hj Borhan dan Sdra Ariffin Md Nor.

Sdra Suraman, Tn Hj Abd Latif Hj Borhan, Tn Hj Anuar Hamid, Tn Hj Muhammad Salleh, Sdra Hanif Salamon, Tn Hj Maarof dan Sdra Naim Ali. Lama tak jumpa pasti tanya berapa cucu sekarang .

Sdra Jamal Samidin, Tn Hj Muhammad Salleh, Tn Hj Maarof, Sdra Suraman Saher, Tn Hj Rashid Karim, Tn Hj Latiff Hj Borhan dan Sdra Abd Manaf Mat Raji. Baik punya posing.

Bergambar Untuk Kenangan.
Duduk bersila :- Sdra Suraman Saher, Hanif Salamon, Ariffin Mohd Nor, Tn Hj Selamat Mat Raji, 
Tn Hj Rashid Karim, Tn Hj Maarof, Tn Hj Latiff Hj Borhan dan Sdra Wahab.
Duduk Ats Kerusi ;- Tn Hj Idris Hj Ismail, Tak ingat namanya, Sdra Daud Pendek, Tn Hj Anuar Hamid, Tn Hj Alias Hj Ismail, Sdra Selamat Samidin dan Sdra Suradi Saher.
Berdiri barisan belakang :- Tak ingat nama, Sdra Arifin Ali, Sdra Ramlan (Kasih), Sdra Manaf Raji, 
Sdra Jamal Samidin, Sdra Aris, Tn Hj Muhammad Salleh dan Sdra Naim Ali.

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 4 - Perasmian Masjid Padang Jawa Klang

Masjid Kampung Padang Jawa telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Tarikh sebenarnya saya tidak berapa ingat. Isyaallah akan saya cari tarikh tersebut dan updatekan.

 Gambar Kenangan Ahli Jawatan Kuasa Masjid dan pemimpin masyarakat setempat. 

 Almarhum Sultan Selangor beramah mesra dengan penduduk kampung.

Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kampung Padang Jawa merakamkan gambar kenangan bersama Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Dikemas kini pada Mei 2012

Perasmian Masjid Kampung Padang Jawa oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Shah pada Jumaat 26 Julai 1968. 

                       Berita Harian 27 July 1968                     
                      Jangan dirikan rumah2 sewa
                                             KELANG, Juma'at
Gambar 1986
Gambar 2012

Thursday 8 March 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 3 - Setesen Kereta Api Bukit Kuda

Terima kasih En Malcolm Wilton Jones kerana memberikan kebenaran bertulis untuk saya paparkan gambar simpanan nya kedalam blog ini. Beliau merupakan pengkaji kereta api selama lebih 45 tahun. Semuga warga Kampung Padang Jawa khusunya dan peminat blog dapat menambah pengetahuan serta membandingkan dengan tulisan sejarah/profil Kampung Padang Jawa pada website/blog JKKK Padang Jawa Klang dan JKKK Padang Jawa Petaling.

Selangor State Goverment Railways :- Pembukaan Setesen Kereta Api Bukit Kuda pada 15 September 1886 - Bukit Kuda ke Kuala Lumpur. Setesen ini ditutup pada 15 September 1890 setelah Jambatan Connaught yang melintasi Sungai Klang disiapkan pada 1890. Perkhidmatan Kereta Api daripada Setesen Klang ke Kuala Lumpur bermula pada tarikh ini. Sumber rujukan The Straits Times 15/9/1886 dan Federated Malay State Railways Annual Reports 1939 


 
 Gambar Satelit menunjukkan kawasan Setesen Kereta Api Bukit Kuda dan jetty sementara bagi membina Setesen/Jambatan/trek rail. Sumber rujukan The Straits Times 21/3/1884 dan 15/9/1886
Peta Kereta Api Selangor State Railways pada 1918. Sumber rujukan Federated Malay State Railways Annual Reports 1939
Jambatan Connaught disiapkan pada April 1890. Sumber rujukan Federated Malay State Railways Annual Reports 1939.


The information in the table below was sourced from the FMSR Annual Report of 1939. The distances quoted may have been interpolated from the then current Working Timetable as they agree with my copy of the 1958 Working Timetable. The figures from Kuala Lumpur to Klang are explained below.
Opened by Selangor Government Railway                           Miles & chains

15th September 1886 Kuala Lumpur  to  Bukit Kuda                       19-40*

15th September 1890 Bukit Kuda to  Klang                                       3-00*

7th November 1892  Kuala Lumpur to  Klang                                   21-37
  
 7th November 1892 Batu Junction to Rawang                                17-24

 1st June 1893  Kuala Lumpur to Pudu                                               1-76

10th July 1893 Rawang to Serendah                                                   5-30

6th October 1894 Serendah to Kuala Kubu                                       13-59
                    
1st March 1895 Pudu to Sungei Besi                                                   6-58
                                
14th August 1897 Sungei Besi to Kajang                                            8-22

1st January 1899 Klang to Port Swettenham                                      5-40

1st August 1900 Kuala Kubu to Kalumpang                                       11-23 

1st November 1900 Kalumpang to Tanjong Malim                              3-24
                                                                                                             97-26
                                                                                                                                
*Most reports have what appear to be discrepancies in these distances and quote 21 miles 37 chains. This was in fact the distance from the original Kuala Lumpur station to Klang station from 1890 to 1892. When the new Kuala Lumpur station opened in 1892 this distance was reduced by 26 chains, becoming 21 miles 11 chains. From surveyors reports in 1886 Bukit Kuda was a temporary terminus on the north bank of the river near where Connaught Bridge was later built, 19½ miles from Kuala Lumpur terminus. At that time there were options for alternate routes, one being to the north bank opposite Klang town which would have been 1¾ miles long and another direct to the coast. These were in addition to the route finally selected in 1889. When the bridge was built and opened in April 1890 a new line was laid from the approaches to Bukit Kuda station across the bridge through to Klang, the length of this new section of line was quoted as “adding 3 miles to the system in 1890”. This new line was only brought into use when the station at Klang was completed in August 1890, after which Bukit Kuda station and tracks were removed. The length of these tracks and sidings could account for the extra mile, or the track may have extended beyond Klang station. See map above for the locations of the jetty and station based on available reports.

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 2 - Sekolah Agama Kampung Padang Jawa


Saya pernah bersekolah agama di Kampung Padang Jawa diawal 60an. Ketika itu tiada bangunan khusus. Kelas Agama adalah di Masjid Lama (Masjid Kayu). Diantara ustaz yang masih saya ingai adalah  Ustaz Murad Fakeh ( masih hidup ketika saya bertemunya bersembahyang Jumaat dimasjid Lipat Kajang, berumur hampir 100 tahun kini menetap di Kg Jawa Klang) Ustaz Jamaluddin dan Ustaz Amiruddin.

Gambar diatas merupakan Bangunan Sekolah Agama Pertama di Kampung Padang Jawa. Tidak lama kemudian bangunan separuh terbuka ini telah didinding sepenuhnya dengan bertingkap. Lokasi sekolah ini dulu adalah di pintu/ gate  (yang asal) masuk ke masjid sekarang ini.

Sekolah ini pernah ditutup dan diruntuhkan. Alasan nya saya kurang pasti samada tiada guru/murid atau dasar kerajaan yang memansukkan tulisan jawi (zaman Khir Johari) ataupun memberi laluan untuk pembinaan Masjid baru.

Sekolah Agama bermula kembali setelah Imam Hj Ismail Hj Hassan bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Beliau mengajar disitu bersama Puan Jameah Nordin (Kini menetap di Kg Pandan Klang). Kelas kelas agama di ajar di dalam Masjid. Atas usaha J/kuasa Masjid dan masyarakat kampung maka terbina lah Bangunan Sekolah Agama 2 tingkat disebelah masjid dan selepas itu berpindah ke bangunan yang ada sekarang. (akan update gambar terbaru)


                                                           Dikemas kini Mei 2012

   Gambar Sekolah Rendah Agama bersebelahan Masjid sebelum berpindah kebangunan sekolah sekarang


            .Bangunan Sekolah Rendah Agama photo diambil dari sudut pintu masuk Sekolah Kebangsaan

                                                 Photo diambil dari sudut pintu masuk masjid.